Belanda mula memberi perhatian kepada gugusan
Kepulauan Melayu pada hujung kurun ke 17 bagi memperolehi rempah secara
langsung dari timur dan bukan melalui orang Portugis. Oleh itu, untuk menguasai
gugusan ini mereka perlu menguasai Melaka yang merupakan tempat strategik.
Beberapa percubaan Belanda untuk mendapatkan Melaka daripada penguasan Portugis
pada tahun 1606, 1608, 1623 hingga 1627 telah gagal. Namun orang Belanda dapat
menewaskan Portugis selepas enam bulan dikepung dan diserang oleh askar Belanda
yang dibantu askar Johor terdiri daripada 40 buah perahu perang membawa 1500
orang askar Melayu pimpinan Laksaman Tun Abdul Jamil. Pada 14 Januari 1641
Belanda berkuasa di Melaka setelah 130 tahun Portugis menduduki
Melaka(1511-1641).
Belanda meluaskan perdagangan di Tanah
Melayu dengan membuat perjanjian perdagangan yang biasanya menguntungkan
Belanda sahaja . Ini menimbulkan penentangan orang Melayu khususnya
pembesar-pembesar terutama di Naning, Perak, Johor, dan Selangor.
Belanda Di Melaka
Era penjajahan Portugis
berakhir setelah 130 tahun menjajah Melaka dan bermula pula era penjajahan
Belanda. Ekspedisi yang terawal tiba di Kepulauan Melayu pada tahun 1559.
Pedagang Belanda amat berminat untuk berdagang di Kepulauan Melayu ini kerana
hendak mendapatkan bahan-bahan rempah, buah pala dan cengkih.
Ini telah mendorong
pedagang-pedagang Belanda ini bergabung membentuk “Syarikat Bersatu Hindia
Timur” pada 20 Mac 1602 yang digelar V.O.C.Tujuan utama penubuhan VOC adalah
menguasai perdagangan rempah dan memonopoli perdagangan bijih timah.Mereka juga
ingin menyingkir Portugis yang sedang bergiat dalam perdagangan di rantau
Melayu.
Pada tahun 1619, Belanda
telah berjaya menguasai Betawi di Pulau Jawa. Betawi telah dijadikan pelabuhan
perdagangan alternatif kepada pedagang-pedagang dunia selain Melaka.Untuk
memastikan penguasaan Portugis di Asia Tenggara lenyap sama sekali, Belanda
telah beberapa kali melancarkan serangan ke atas Melaka. Akhirnya mereka
berjaya menewaskan Portugis dengan bantuan Kerajaan Johor iaitu kerajaan
warisan dari Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1641.
Kerajaan Johor pada ketika
tu di bawah pemerintahan Sultan Abdul Jalil, pengganti Sultan Hammat Shah.
Belanda cuba meluaskan pengaruhnya dalam perdagangan di negara ini dengan
melampaui sempadan Melaka. Pada tahun 1650, Belanda cuba memonopoli perdagangan
timah dengan Perak dengan mengadakan satu perjanjian. Walaubagaimanapun,
penduduk tempatan mula menyedari sikap mereka itu.Persaingan perdagangan antara
Johor dan Belanda sejak persahabatan mereka terjalin selepas kejatuhan Portugis
di Melaka nampaknya menjadi seolah-olah “retak menanti belah”.
Ini kerana telah mula
timbul perasaan syak wasangka di antara satu sama lain dan mereka tidak senang
dengan persaingan sebab ianya menjejaskan matlamat monopoli mereka.Keadaan ini
akhirnya mencetuskan pertikaian yang melibatkan tindakan ketenteraan oleh pihak
Belanda ke atas Johor pada akhir abad ke 18.
Belanda Di Perak
Belanda di Melaka berusaha
menguasai perdagangan di selat Melaka khususnya bijih timah. Oleh itu Belanda
cuba mendapatkan kuasa memonopoli membeli dan menjual bijih timah di Perak.
Belanda cuba mempengaruhi Sultan Perak (Sultan Muzaffar Syah) membenarkan Belanda
memonopoli bijih timah di Perak tetapi hasratnya ditolak. Dengan ini Belanda
menemui Sultan Acheh iaitu Sultanah Tajul Alam Safiatuddin bagi membenarkan
Belanda berdagang di Perak. Keadaan ini menyebabkan Sultan Perak terpaksa
menandatangani perjanjian dengan membenarkan Belanda mendirikan lojinya di
Kuala Perak pada 15 Ogos 1650. Perhubungan ini tidak disenangi oleh segolongan
bangsawan Perak terutama Syahbandar dan Temenggung. Mereka menganggap
perjanjian tersebut menghalang kebebasan mereka kerana sebelum ini mereka
menjual bijih timah kepada saudagar Cina dan India denga harga yang tinggi
berbanding Belanda yang menawarkan tawaran yang rendah dan tidak menarik .
Pada 1651 penentangan trimbul apabila
Temenggung dan orang Perak menyerang dan memusnahkan loji Belanda serta
membunuh 27 orang Belanda menyebabkan Belanda terpaksa meninggalkan pengkalan
di Perak . Pada 1655 Jeneral di Betawi menghantar wakilnya di Perak bagi
memperbaharui perjanjian dengan menuntut ganti rugi sebanyak 50000 rial yang menyebabkan
kerosakan lojinya. Tetapi Perak tidak mematuhi peraturan tersebut ini
menyebabkan Belanda mengepung Perak beberapa bulan dan kesannya orang Perak
bersama Acheh, Ujung Salang melancarkan serangan mengejut ke atas Belanda.
Pada 1670 Belanda datang ke Perak
membina Kota Kayu diPulau Pangkor. Pada 1674 dan 1677 khabar-khabar mengenai
serangan Thailand menyebabkan Perak bersetuju dengan pembinaan Kota Belanda di
Pulau Pangkor bertentangan dengan Sungai Dinding . Pada 1678 Gabenor Bort
menyatakan orang-orang Perak telah menampakkan kemahuan bersehabat dengan
Belanda dan melayan mereka dengan adil dalam hal perdagangan .
Pada 1685 sekali lagi
orang Perak menyerang kubu Belanda di Pangkor seterusnya 2 Disember 1690
Panglima Kulup Ali bersama 300 orang menyerang Belanda di Pulau Pangkor
menyebabkan Belanda berundur dan markasnya di Pulau Dinding ditutup . Belanda
cuba merundingkan satu perjanjian baru tetapi didapati sukar mencapai kata
sepakat daripada pembesar. Selama 50 tahun sebarang hubungan dengan Belanda
telah terputus sama sekali. Pada 1693 Belanda tidak membenarkan sesiapa membina
markas di Pulau Dinding. Oleh itu Belanda mengarahkan supaya meletakkan batu
penanda dibina di Pulau Pangkor sebagai tanda ianya milik Belanda .
Belanda Di Selangor
Pada Julai 1784 angkatan
Belanda yang membawa 11 buah kapal pimpinan Jacob Pieter Van Braam memerangi
Selangor kerana tindakan Sultan Ibrahim menyerang Belanda di Melaka bersama
Raja Haji. Raja Muhammad Ali Ibn Raja Alam serta anak saudaranya Sayid Ali dari
Siak membantu Belanda menentang Selangor. Ogos 1784 askar pimpinan Jacob yang
menaiki kapal Utrecht berjaya menawan Kota di Kuala Selangor iaitu Kota
Alpingsburg yang berada di atas bukit Tanjug Keramat serta mendirikan sebuah
kubu iaitu kubu Van Braam. Sultan Ibrahim, Raja Nala, Sayid Jaafar dan
kerabat-kerabat berundur ke hulu selangor kemudiannya ke Bernam dan terus ke
Pahang berjuma Tun Abdul Majid . Setelah Belanda menawan kuala Selangor mereka
melantik Raja Muhammad Ali sebagai pemangku Yang Dipertuan Selangor dibantu
oleh Sayid Ali. Kemudiannya Raja Muhammad balik ke Siak digantikan oleh Sayid
Ali dan beliau cuba mempengaruhi masyarakat supaya bekerjasama dengan Belanda
tetapi gagal.
Selama setahun Belanda menguasai
Selangor, pada pertengahan 1785 Sultan Ibrahim di Pahang dengan bantuan
Bendahara Tun Abdul Majid membawa bersama 2000 orang menyerang Belanda di
Selangor. Mereka tiba di Tiram Buruk hingga sampai di Permatang, disinilah
dengan bantuan Pengawa Permatang Sultan Ibrahim melancarkan serangan ke Kuala
Selangor.
Pada 27 Jun 1785 seramai 2000 orang
Selangor dibantu oleh Sayid Jaafar dan Pengawa Permatang menyerang Belanda
secara mengejut dan berjaya mengalahkan Belanda sehingga mereka berundur ke
Melaka. Kekalahan Belanda menyebabkan Sayid Ali melarikan diri ke Siak dan
Sultan Ibrahim menaiki takhta semula tetapi pada Juali 1785 Belanda menghantar
3 buah kapal besar dan beberapa perahu mengepung Kuala Selangor menyebabkan
beras dan barang makanan naik harga menadatangkan kesusahan kepada rakyat manakala
perniagaan dengan saudagar Melaka merosot setelah setahun akhirnya kedua-dua
pihak berdamai dengan menandatangani perjanjian pada 29 jun 1786 .
Harrah's Ak-Chin Casino & Hotel - MapyRO
ReplyDeleteHarrah's Ak-Chin Casino 포천 출장안마 & Hotel - Stateline, 춘천 출장샵 IL. 청주 출장안마 View map. Harrah's Ak-Chin Casino 하남 출장마사지 & Hotel (harrahsakchincasinoandhotel.com) location 양주 출장샵 in United States.