Pendudukan British
merupakan satu lagi kuasa barat yang berminat akan kekayaan Tanah Melayu, Ini
kerana Britih amat berminat untuk menguasai kekayaan ekonomi di Tanah Melayu.
Oleh itu, dengan kedatangan British ke Tanah Melayu bermotifkan dorongan
sumber-sumber asli dan faktor ekonomi. Lama-kelamaan setelah British menguasai
ekonomi di Tanah Melayu, British juga ingin membawa kepada campur tangan
politik di Tanah Melayu.
PEMBUKAAN SINGAPURA 1819
Selepas berakhirnya Perang
Napoleon di Eropah, Belanda telah kembali berkuasa di Timur khususnya di
Kepulauan Melayu. Selaras dengan konvensyen London pada 13 Ogos 1814, British
bersetuju untuk memulangkan kesemua tanah jajahan mereka di Hindia Timur.
Belanda juga telah kembali mengawal jalan perdagangan melalui Selat Melaka dan
Selat Sunda dan keadaan ini telah menyebabkan Inggeris terpaksa mencari
alternatif lain dalam mencari kawasan yang strategik bagi meneruskan
perdagangannya. Bagi memastikan kepentingan perdagangan British dengan China
dapat diteruskan, British memerlukan suatu penempatan baru di Kepulauan Melayu
bagi melindungi perdagangannya dengan negeri China. Penempatan tersebut
mestilah memenuhi keperluan tertentu antaranya
PERJANJIAN INGGERIS-BELANDA 1824
Selama lebih daripada 200
tahun, hubungan Inggeris- Belanda di Timur saling bermusuhan antara satu sama
lain. Pembukaan Melaka oleh Raffles pada 1819 telah membangkitkan lagi
kemarahan Belanda ke atas pemerintahan Inggeris. Untuk memperbaiki hubungan
antara kedua-dua pihak yang menjadi semakin rumit, beberapa siri rundingan
telah diadakan di antara 1820 hingga 1823. Tetapi rundingan ini gagal mencari
jalan penyelesaian. Sementara itu kemajuan pesat Singapura telah menyebabkan
Inggeris berazam untuk mengekalkan kekuasaan ke atas Singapura. Setelah beberapa
perundingan diadakan, akhirnya satu perjanjian telah dicapai dan kedua-dua
pihak telah memeterai perjanjian yang dikenali juga sebagai perjanjian London.
Tujuan perjanjian ini adalah untuk menamatkan pergeseran yang berterusan antara
kedua-dua belah pihak demi untuk kepentingan masing-masing. Antara perkara
penting yang terkandung dalam perjanjian tersebut ialah Inggeris akan kekal
berkuasa ke atas Singapura, manakala Melaka diserahkan kepada Inggeris dan
Bangkahulu diserahkan kepada Belanda. Dengan termeterainya perjanjian ini,
pembahagian kuasa antara Inggeris dengan Belanda telah disaksikan dan kedudukan
politik Inggeris dan Belanda telah dikukuhkan lagi. Perjanjian 1824 ini juga
telah menamatkan sejarah Empayar Johor, apabila kekuasaannya di kawasan
Riau-Lingga terletak di baw ah pengaruh Belanda. Perjanjian ini juga telah
membolehkan Inggeris menguasai Pulau Pinang, Melaka dan Singapura yang juga
dikenali sebagai Negeri Selat.
FAKTOR
CAMPUR TANGAN BRITISH DI NEGERI-NEGERI MELAYU
Dorongan
Ekonomi
- Galakan ekonomi bertujuan memastikan usaha memonopolikan hasil dagangan utama seperti Bijih Timah kerana ekoran kekacauan di Negeri-Negeri Melayu.
- Perkembangan Revolusi Perusahaan (Perindustrian) pada abad ke-19 di Eropah, bermulanya mengetinkan makanan dan mengakibatkan lagi keinginan British untuk memonopolikan perdagangan timah.
Dorongan
Politik
- Pada abad ke-19, Britain masih kuat terpangaruh dengan dasar liberal dan perdagangan laissez-faire. Namun pada tahun 1870-an, dasar imperialisme mulai merebak di Britain lalu mempengaruhi tindak-tandukmereka di Tanah Melayu.
- Selain Britain, kuasa barat yang lain seperti Belanda (di Indonesia) perancis (Indochina) disamping Itali, Jerman, dan Russia sedang bersaing.
- Tanpa pengawalan politik dan campur tangan dalam pentadbiran tempatan, kuasa-kuasa ini boleh masuk dengan mudah melalui persahabatan dan hubungan perekonomian dengan raja-raja Melayu.
Campur Tangan British di Selangor
Seperti negeri-negeri Melayu yang
lain, kekacauan juga berlaku di Selangor pada 1860-an dan 1870-an. Punca
berlakunya kekacauan tersebut ialah :-
tidak adanya pentadbiran yang stabil selepas kemangkatan Sultan Ibrahim pada tahun 1826.
tidak adanya pentadbiran yang stabil selepas kemangkatan Sultan Ibrahim pada tahun 1826.
- Pengganti-penggantinya, iaitu Sultan Muhammad yang manaiki takhta pada 1826.
- Sultan Samad yang menaiki takhta pada tahun 1857 adalah pemerintah yang lemah.
- Mereka menyerahkan pentadbiran daerah kepada putera-putera raja.
Dalam menjalankan
pentadbiran daerah, putera-putera raja telah menindas rakyat untuk kepentingan
mereka. Kelemahan sultan terbukti apabila Sultan Muhammad tidak dapat mengambil
tindakan selepas seorang pembesar raja, iaitu Tengku Busu dibunuh oleh
orang-orang Cina di Lukut pada tahun 1834.
Kekacauan
utama yang berlaku di Selangor ialah Perang Kelang yang meletus di antara
1867-1873. Perang Kelang 1867-1873 Kekacauan di Selangor berlaku kerana
pergaduhan antara pembesar-pembesar dan pergaduhan pelombong-pelombong Cina.
Antara 1867 hingga 1873 berlaku Perang Kelang antara Raja Mahdi dan Raja
Abdullah (1867-1870) dan selepas 1873, di antara Raja Mahdi dengan putera Raja
Abdullah iaitu Raja Ismail kerana merebut kawasan Kelang yang kaya dengan bijih
timah.
Pada 1853, pemerintah
Kelang iaitu Raja Sulaiman meninggal dunia. Sultan Muhammad yang memerintah
Selangor ketika itu menganugerahkan Kelang kepada menantunya, Raja Abdullah
dengan mengenepikan putera Raja Sulaiman, Raja Mahdi. Alasan Sultan Muhammad
ialah kerana Raja Sulaiman tidak memajukan Kelang. Selepas dianugerahkan
Kelang,
Raja Abdullah telah
menjemput orang-orang Cina dari Negeri-negeri Selat untuk mengerjakan
perlombongan bijih timah sehinggan Kelang muncul sebagai kawasan perlombongan
yang maju. Tindakan Sultan Muhammad menyerahkan Kelang kepada Raja Abdullah
telah mendapat tentangan dari Raja Mahdi. Pada tahun 1857, Sultan Muhammad
mangkat. Dalam perebutan takhta yang berlaku, anak saudara dan menantunya,
iaitu Raja Abdul Samad telah dilantik sebagai sultan dengan mengusir Raja Muda
Mahmud. Perlantikan Sultan Abdul Samad telah mendapat bantahan
pembesar-pembesar Selangor, terutamanya Raja Mahdi, lebih-lebih lagi Sultan
Abdul Samad memutuskan pertunangan Raja Mahdi dengan puterinya Raja Arfah yang
dikahwinkan dengan Tengku Kudin, anak Sultan Muhammad Tajuddin (Kedah).
Raja Mahdi melarikan diri
keKuala Selangor. Dengan bantuan Raja Hitam dan Raja Ali, Raja Mahdi berjaya
menawan Kuala Selangor dari RajaMusa pada tahun 1871. Pada Jun 1871, berlaku
peristiwa rompakan kapal yang bernama Kim Seng Cheong dari Pulau Pinang ke
Larut yang membawa muatan kain, barang makanan dan ternakan. British telah
menghantar 2 buah kapal perangnya, iaitu H.M.S. Pluto dan H.M.S. Renaldo ke
Kuala Selangor. Ketibaan angkatan British telah menyebabkan lanun-lanun lari
diri dari Kuala Selangor. Oleh sebab ketika itu Kuala Selangor diperintah oleh
Raja Mahdi, maka British mengarahkan beliau menaiki kapal H.M.S. Renaldo bagi
mengadakan rundingan untuk menyelesaikan masalah lanun di Kuala Selangor.
Oleh sebab ketika itu
British masih mengamalkan dasar tidak campur tangan, maka Kuala Selangor
diserahkan kepada Tengku Kudin sebagai wakil Sultan Selangor. Raja Musa kembali
ke Kuala Selangor dan menuntut haknya. Keengganan Tengku Kudin untuk
menyerahkan Kualan Selangor menyebabkan Raja Musa menyebelahi Raja Mahdi untuk
menentang Tengku Kudin. Akibatnya kekacauan di Selangor masoh berterusan.
Pada 16 November 1873,
sekumpulan lanun yang disokong oleh putera-putera Sultan Abdul Samad telah
menyerang sebuah kapal dagangan Melaka berhampiran dengan Sungai Jugra. 8 orang
daripada 9 orang anak kapal yang merupakan rakyat British dibunuh. Sir Andrew
Clarke mengambil kesempatan ini untuk menyokong Tengku Kudin dan meluaskan
pengaruh British di Selangor. British berjaya menangkap 9 orang Melayu Selangor
yang disyaki terlibat dalam kejadian itu. Sir Andrew Clarke memaksa Sultan Abdul
Samad mengadakan perbicaraan ke atas lanun-lanun berkenaan pada bulan Februari
1874.
Lanun-lanun itu didapati bersalah dan
dikenakan hukuman mati. Namun demikian, kejadian-kejadian pelanunan masih
diteruskan lagi. Pada bulan Ogos 1874, satu kejadian pelanunan telah berlaku
dekat Sungai Langat. Peristiwa ini telah memberi kesempatan kepada Sir Andrew
Clarke untuk menghantar Frank Swettenham tinggal dengan Sultan Abdul Samad sebagai
ejen tidak rasmi Inggeris. Sultan Abdul Samad telah kagum dengan kepintaran dan
kebijaksanaan Frank Swettenham dan meminta supaya British melantik seorang
residen untuk menasihati baginda. Pada bulan Oktober 1874, J.G. Davidson
dilantik sebagai Residen dengan Frank Swettenham sebagai Penolong Residen.
Campur Tangan British di Negeri Sembilan
Perlantikan Tenku Antah
sebagai Yam Tuan Besar oleh penduduk Terachi,Gunung Pasir Hulu Muar dan Jempol tidak
di iktiraf oleh Dato' Kelana. -Tenku Antah tidak diiktiraf Dato' Kelana sebagai
pemerintah Sungai Ujong. Tenku Antah juga tidak diiktiraf residen Inggeris di
Sungai Ujong. -1875,Datuk Kelana dibantu Inggeris menuntut Terachi,Dato' Bandar
ditewaskan. -Dato' Bandar kemudiannya dibuang negeri ke Singapura -1876,Tenku Antah
diiktiraf Yam Tuan Besar Seri Menanti.
Campur Tangan British di Pahang
Usaha Sultan Ahmad untuk menghalang campur
tangan British di Pahang :-
Berusaha membangunkan Pahang dengan mencontohi tindakan Sultan Abu Bakar (Johor).
Berusaha membangunkan Pahang dengan mencontohi tindakan Sultan Abu Bakar (Johor).
- Membawa pelabur Eropah lain masuk ke Pahang bagi memajukan negeri baginda.
- Namun British menganggap tindakan ini boleh menjejaskan kepentingan mereka.
- Oleh itu, British berusaha untuk menguasai Pahang.
SISTEM RESIDEN
Campur tangan British
secara rasmi bermula di Perak dengan termeterainya Perjanjian Pangkor pada 20
Januari 1874. Ini diikuti dengan perluasan pengaruh dan pelantikan Residen
British di Selangor (1874), Sungai Ujong (1874), Pahang (1888), dan Negeri Sembilan
(1896). Pada teorinya, setiap Residen mempunyai tugas menasihati Sultan dalam
urusan pentadbiran, memulihkan keamanan, memajukan ekonomi negeri, dan
memperkenalkan sistem pungutan cukai. Namun pada hakikatnya, terdapat pelbagai
kelemahan dan masalah dalam pelaksanaan sistem Residen. Ini kerana Residen
sering melampaui bidang tugasnya
·
Bermula
di Perak kemudian di Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.
·
Melalui
Sistem Residen, British boleh berkuasa terhadap NNM dalam semua aspek, politik,
pentadbiran, ekonomi dan sosial.
·
Matlamat
Sistem Residen :-
a)
Keamanan
melalui undang-undang.
b)
Sistem
pentadbiran awam dan pungutan cukai teratur.
c)
Ekonomi
- eksploitasi sumber semula jadi - bijih timah.
Pembangunan
ekonomi Negeri
|
- perusahaan bijih
timah, getah, kopi
- kemasukan buruh
Cina dan India
- sumber ekonomi
dimonopoli oleh British
|
Perubahan
Politik
|
- Sultan berkuasa
pada Agama Islam dan adat-istiadat
- Perubahan sistem
pentadbiran – Residen berkuasa
|
Perkembangan Sosial
|
-infrastruktur
jalan keretapi, jalan raya, pusat kesihatan, pos dan sebagainya
|
Kesan-kesan sistem Residen
NEGERI – NEGERI SELAT (NNS)
Negeri-Negeri Selat
terdiri daripada Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Pusat pentadbirannya di
peringkat awal ialah di Pulau Pinang. Selepas Perjanjian
Inggeris-Belanda 1824, Pulau Pinang ditadbir oleh Leftenan Gabenor sementara
Melaka dan Singapura ditadbir oleh Residen.
Pada tahun 1826,
ketiga-tiga negeri tersebut digabungkan bagi membentuk Negeri-negeri Selat.
Penggabungan itu bertujuan untuk menyeragamkan serta menjimatkan perbelanjaan
pentadbiran.
Pemindahan pentadbiran ke
London pada tahun 1867 adalah kerana Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) di
India tidak mengambil berat kebajikan Negeri-Negeri Selat. Desakan oleh para
saudagar yang tidak berpuas hati dengan dasar Pejabat Tanah Jajahan British di
India dan cadangan Syarikat Hindia Timur Inggeris untuk menghapus taraf
pelabuhan bebas Singapura mengancam kemajuan perdagangan di Negeri-Negeri
Selat.
Kemasukan pendatang dari
China secara tidak terkawal menyebabkan berlaku kekacauan akibat penubuhan
kongsi gelap dan penduduk membantah tindakan Pejabat Tanah Jajahan British di
India yang menjadikan Singapura sebagai tempat pembuangan banduan dari India
telah mempercepatkan pemindahan pusat pentadbirannya ke London.
NEGERI – NEGERI MELAYU BERSEKUTU 1896
(NNMB)
Pendahuluan -Negeri-negeri
Melayu Bersekutu merupakan gabungan 4 buah negeri di Tanah Melayu iaitu Perak,
Negeri sembilan, Selangor dan Pahang yang telah disatukan dalam satu
pentadbiran berpusat. Pentadbiran ini juga dikenali sebagai Persekutuan 1896.
Idea awal penubuhan
persekutuan ini telah dikemukakan oleh Sir Fredrick Weld. Walaupun idea ini ditolak namun terus
diusulkan sehinggalah Frank Swettenham berjaya mendapat persetujuan daripada
keempat-empat sultan untuk menerima pembentukan persekutuan ini hasil kerjasama
erat dan hubungan baik Frank Swettenham dan sultan-sultan Melayu, akhirnya pada
1 Julai 1896, persekutuan dilaksanakan secara rasmi.
FAKTOR-
FAKTOR PENUBUHAN
1.
Masalah kewangan di Pahang
- Masalah ini timbul berikutan penentangan pemimpin – pemimpin tempatan di Pahang yang menyebabkan banyak kerosaakan.
- Usaha untuk membanteraskan penentangan ini juga menelan belanja yang banyak dari segi peralatan senjata dan bekalan makanan tentera.
2.
Kelemahan Sistem Residen
- Setiap negeri terbabit mempunyai Residen masing – masing, Residen mentadbir hal ehwal pertanian, perlombongan, sisstem cukai dan isu – isu dengan cara mereka sendiri.
- Hal ini kerana, merka tidak diberikan garis panduan untuk menjalankan pentadbiran yang seragam, gabungan ini dipercayai dapat mengawal kuasa residen yang dikhuatiri semakin mengatasi kuasa Gabenor British yang berpusat di Singapura.
3.
Mengurangkan belanja untunk pentadbiran
- Sistem pemerintahan berasiangan yang membahagikan negeri – negeri melayu kepada wilayah masing – masing akan menelan belanja yang besar.
- Selain itu, gabungan juga dapat menyelaraskan sistem pentadbiran yang sebelum ini mengikut Sistem Residen masing – masing.
4.
Faktor keselamatan
- Pihak Inggeris menyedari bahawa Persekutuan adalah perlu bagi membentuk satu pasukan tentera bersama melindungi Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat. Sebelum ini kekacauan yang berlaku di Tanah Melayu ditangani dengan terpaksa mendapatkan bantuan dari Singapura, Hong Kong dan India.
- Melalui pembentukan persekutuan, kekuatan angkatan tentera dapat diwujudkan dengan adanya gabungan keempat-empat buah negeri. Dengan memiliki angkatan tentera yang besar dan kuat, Inggeris bertambah yakin untuk mengatasi sebarang kemungkinan berkaitan kekacauan di Negeri-negeri Melayu tanpa bantuan dari negara luar.
5.
Faktor ekonomi
- Kegagalam Sistem Residen memajukan dan mempelbagaikan sumber ekonomi di sesebuah negeri telah memberi peluang yang lebih luas kepada orang-orang Cina untuk mengeksploitasi kekayaan ekonomi di Negeri-negeri Melayu. Justeru, perlaksanaan Sistem Residen lebih menguntungkan orang Cina berbanding orang Inggeris.
- Bertitik tolak daripada pengalaman tersebut, maka pembentukan sebuah persekutuan amat penting bagi mewujudkan keseimbangan kemajuan ekonomi dan menarik kehadiran pelabur-pelabur Eropah ke Negeri-Negeri Melayu. Kemasukan pelabur Eropah secara beramai-ramai dijangka akan mempercepatkan pertumbuhan dan kemajuan ekonomi secara berskala besar.
6.
Dasar Kerajaan Inggeris
- Pada akhir abad ke-19, Inggeris mula menggalakkan penyatuan terhadap negeri-negeri yang terletak di bawah perlindungannya. Pembentukan sebuah persekutuan didiorong oleh hasrat dan dasar Inggeris yang ingin menyatukan negeri-negeri kecil di tanah jajahan mereka. Matlamatnya ialah untuk memudahkan usaha mengeksploitasi sumber kekayaan negeri agar ianya dapat dikumpulkan dan diagihkan secara sama rata bagi faedah semua.
- Selain itu, usaha penyatuan memperlihatkan dasar Inggeris yang cuba mengurangkan kos pentadbiran, mewujudkan kestabilan ekonomi dan menambahkan kecekapan dalam pemerintahannya. Ini menjadi dasar Inggeris untuk memperlihatkan kejayaan perlaksanaan dasar ini di tanah jajahannya di Australia, Afrika selatan, Amerika Utara dan Kanada.
Kesan
– kesan Peninggalan NNMB di Tanah Melayu
- Penubuhan beberapa Jabatan seperti :-
- Jabatan Kerja Raya
- Jabatan Kewanagan
- Jabatan Keadilan
- Menyebabkan lebih banyak Pegawai – Pegawai British datang bagi merosotkan kuasa.
- Raja dan Pembesar – Pembesar Tempatan.Tumpuan kuasa beralih kepada Residen Jeneral.
- Hak - hak Raja dan Pembesar – Pembesar tempatan semakin merosot.
- Dengan Sistem Pentadbiran yang lebih tersusun membawa kepada kestabilan ekonomi. Ini menyebabkan telah menarik minat kepada pelabur – pelabur asing untuk datang ke Tanah Melayu.
- Penubuhan NNMB telah menggalakan kemasukan buruh dari cina dan india yang akan membawa kepada pembentukkan masyarakat majmuk di Tanah Melayu.
- Oleh itu, Penunbuhan NNMB menyebabkan rasa tidak puas hati oleh kalangan Raja.
- Majlis Mesyuarat Persekutuan telah ditubuhkan pda tahun 1909 untuk mengemaskini pentadbiran NNMB.
NEGERI – NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU
(NNMTB)
Negeri - negeri Melayu Tidak Bersekutu
ialah sekumpulan lima buah Negeri-Negeri Melayu. Negeri-negeri itu ialah:
- Johor
- Terengganu
- Kelantan
- Kedah
- Perlis
Kumpulan ini tidak
menggambarkan negeri-negeri berikut sebagai satu entiti tetapi hanyalah sebagai
satu terma untuk menerangkan tentang negeri-negeri Melayu berkenaan. Johor
menandatangani Perjanjian perlindungan pada tahun 1885 dan akhirnya tunduk
kepada tekanan untuk menerima Penasihat British pada tahun 1904.
Dibawah Perjanjian Bangkok
1909, Siam (kini Thailand) memindahkan hak-hak mereka terhadap Kelantan,
Terengganu, Kedah, dan Perlis kepada pihak British. Pihak British kemudiannya
memaksa negeri-negeri Melayu berkenaan menandatangani perjanjian seperti
perjanjian dengan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
Pegawai kanan pentadbiran koloni
British disitu dikenali sebagai "Penasihat".
Bahasa rasmi Negeri-negeri
Melayu Tidak Bersekutu ialah Bahasa Melayu dengan Tulisan Jawi sebagai tulisan
rasmi.
Kesemua negeri ini
kemudiannya menyertai Malayan Union dan sekarang merupakan sebahagian daripada
Malaysia.
PENGAGIHAN KUASA PUSAT (DISENTRALISASI
1920 – 1941)
- Pengagihan kuasa pusat (dasar dentralisasi) diperkenalkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu.
- Faktor – faktor Disentralisasi diperkenalkan oleh British :-
- Sultan di NNMB tidak berpuas hati dengan pemusatan kuasa pentadbiran di tangan Pesuruhjaya Tinggi Majlis Mesyuarat Persekutuan 1909 tidak berpihak kepada Sultan.
- Menyatukan Negeri - Negeri Melayu (NNMB, NNMTB dan NNS).
- Mengurangkan perbelanjaan pentadbiran.
- Persaingan kuasa antara Residen Jeneral dengan Pesuruhjaya Tinggi (Pentadbiran)
- Disentrlisasi merupakan strategik British menguasai ekonomi di Tanah Melayu.
Sistem
|
Tahun
Pengenalan
|
Negeri
– Negeri Terbabit
|
Sistem
Residen
|
1874
– 1889
|
Perak,
Selangor, Pahang, dan Negeri Sembilan.
|
Negeri
– Negeri Selat
(NNS)
|
1826
|
Pulau
Pinang, Singapura, dan Melaka.
|
Negeri
– Negeri Melayu Bersekutu
(NNMB)
|
1896
|
Perak,
Selangor, Pahang, dan Negeri Sembilan.
|
Negeri
– Negeri Melayu Tidak Bersekutu
(NNMTB)
|
1909
– 1919
|
Perlis,
Kedah, Kelantan, Terengganu, dan
Johor.
|
Disentralisasi
|
1920
|
Semua
Negeri Di Tanah Melayu.
|
REAKSI
MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PENJAJAHAN BRITISH
Penentangan Di Naning (1831 – 1832)
Melalui Perjanjian Inggeris – Belanda pada 17 Mac 1824, Melaka diletakkan di bawah kekuasaan British.
Melalui Perjanjian Inggeris – Belanda pada 17 Mac 1824, Melaka diletakkan di bawah kekuasaan British.
British menyatakan bahawa Naning
merupakan sebahagian daripada Wilayah Melaka.
Gabenor Fullerton berpendapat bahawa penduduk Naning perlu membayar 1/10 daripada hasil ekonomi mereka kepada kerajaan British.
Cadangan British ditentang oleh Dol Said (Abdul said) iaitu penghulu Naning disebabkan atas faktor - faktor lain seperti :-
Gabenor Fullerton berpendapat bahawa penduduk Naning perlu membayar 1/10 daripada hasil ekonomi mereka kepada kerajaan British.
Cadangan British ditentang oleh Dol Said (Abdul said) iaitu penghulu Naning disebabkan atas faktor - faktor lain seperti :-
a)
Pengenalan
Peraturan 42, ‘Peraturan Penghulu’
b)
Siap
pegawai British, iaitu W.T. Lewis (Pemungut Hasil Tanah Melaka).
c)
Isu
sekatan Pemerintahan, Tanah dan Hamba.
· Perang
Naning tercetus pada bulan Julai 1831, dan telah diisytiharkan sebagai
sebahagian wilayah Melaka.
Justeru, Britsh telah menghantar sepasukan tentera untuk menangkap Dol Said dan memaksa beliau untuk menerima cadangan British. Pada bulan Februari 1834, Dol Said bertindak menyerah diri, dan dibenarkan untuk menetap di Melaka.
Justeru, Britsh telah menghantar sepasukan tentera untuk menangkap Dol Said dan memaksa beliau untuk menerima cadangan British. Pada bulan Februari 1834, Dol Said bertindak menyerah diri, dan dibenarkan untuk menetap di Melaka.
Penentangan Di Selangor
- Perang Kelang tercetus disebabkan pertentangan antara Raja Mahadi dengan Raja Abdullah.
- Pada 1868, Sultan Selangor melantik Tengku Kudin sebagai Wizurai Selangor. Tngku Kudin berpihak kepada Raja Ismail untuk merampas Klang pada tahun 1870.
- British turut campur tangan dan memberi sokongan kepada Tengku /kudin dan Raja Mahadi.
- Ini disebabkan Raja Mahadi mendapat tentangan yang hebat.
Penentangan Di Perak
- Sebab penentangan British di Perak
- British dan Birch menyekat hak mengutip cukai oleh Sultan dan Pembesar Melayu.
- Memaksa Sultan menandatangani surat penyerahan kuasa kepada Kerajaan British 1875.
- Pembaharuan oleh J.W.W Birch :-
a)
Hapus sistem perhambaan.
b)
Beri perlindungan kepada hamba.
c)
Campur tangan dalam adat resam
orang melayu.
- Sikap peribadi J.W.W Birch :-
a)
Buat pembaharuan secara tergesa –
gesa.
b)
Tidak boleh berbahasa Melayu
- Dengan dasar ketidakpuas hatiDato Maharaja Lela telah mengarahkan Pak Endut dan Seputum ke Pasir Salak untuk membunuh Birch pada 2 November 1875.
- Penentangan di perak disebabkan faktor – faktor yang berikut :-
a)
Fahaman tentang Fungsi Residen yang
berbeza.
b)
Kerajaan British dan Birch menyekat
hak mengutip cukai.
c) Kerajaan British menggunakan Birch
untuk memaksa Sultan Abdullah menandatangani surat penyerahan kuasa.
d)
Pembaharuan yang dibuat oleh Birch
ialah menghapuskan sitem pengabdian hutang, memberikan perlindungan kepada
hamba – hambanya yang lari dari tuannya dan campur tangan dalam adaat resam
orang melayu.
e)
Sikap peribadi Birch itu sendiri
secara terburu - buru.
Penentangan Di Pahang
- Pada peringkat awal, Pahang dikehendaki menerima wakil daripada Konsul British iaitu Hugh Clifford. Pelbagai pembaharuan cuba beliau laksanakan untuk dirinya sendiri.
- J.P Rodger adalah pegawai pertama yang memegang jawatan Residen di Pahang pada bulan Oktober 1888.
- Penentangan terhadp Sistem Residen oleh tokoh tempatan iaitu Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau pada tahun1891.
- Faktor faktor mengakibatkan orang melayu mencetuskan pemberontakan ialah :
- Kehilangan kuasa dan keistimewaan Sultan serta Pembesar – pembesar Pahang.
- Kerajaan British telah memperkenalkan undang – undang Tanah Melayu yang boleh menyekatkan kebebasan pembesar Tanah Melayu dalam sumber Ekonomi mereka.
- Pembesar – pembesar melayu tidak boleh lagi menghakimi kes – kes jenayah dan sivil.
- Dalam Majlis Negeri pula , segala keputusan penting dibuat sepenuhnya oleh Residen British.
- British turut menggantikan penghulu – penghulu tradisi enam buah daerah di Pahang dengan para Pegawai British.
Penentangan Di Kelantan
Melalui perjanjian Bangkok 1909
Kelantan diserahkan kpd British dan James Scott Mason penasihat British Julai 1909.
· Penentangan Inggeris dipimpin oleh Haji
Mat Hassan Bin Munas (Tok Janggut).
Ketidakpuasan hati
Engku Besar Jeram
|
Perlantikan seorang
Pegawai Daerah di Pasir Puteh oleh Kerajaan British mengakibatkan kehilangan
kuasa Tradisional Pembesar Melayudi kawasan jeram iaitu, Engku Besar Jeram
Tun Ahamad.
|
Pengenalan Sistem
Tanah Baru 1915
|
Pada bulan Januali
1915 Tanah Baru diperkenalkan oleh Kerajaan British di mana orrang ramai
perlu membayar Sewa Tanah yang tetap.
|
Pengenalan Cukai Hasil
Pertanian dan Penternakan
|
Kerajaan British turut
mengenakan cukai terhadap setiap tanaman utama pendudukan Kelantan terutama
padi dan kelapa serta ternakan haiwan.
|
Sikap Pegawai Daerah
Pasir Puteh
|
Pegawai Daerah Pasir
Puteh yang dilantik oleh British, terutama pegawai yang ketiga, iaitu Che
Abdul Latif ialah seorang yang kasar dan terlalu tegas.
|
Penentangan Di Terangganu
- Pemberontakakn di Terengganu yang di ketuai oleh Haji Abdul Rahman Haji Abdul Hamid (Haji Abdul Rahman Limbong) dikenali sebagai pemberontakan tani pada 1928.
- Antara faktor yang mencetuskan pemberontakan ini adalah seperti yang berikut :-
- Pungutan cukai oleh Kerajaaan British ke atas Tanah, hasil tanah dan rakyat dikenakan cukai kepala.
- Kerajaan British memperkenalkan Sitem Pendidikan Barat
- Kerajaan British juga memperkenalkan ‘Pas Kebenaran’ kepada sesiapa yang ingin membuka Tanah, bercucuk tanam dan memungut hasil hutan.
- Pemberontakanberlaku pada 21 Mac 1928 serang Balai Polis dan Pejabat Daerah di Kuala Berang. Pemberotakan dapat ditumpaskan.
- Abdul Rahman Limbong dibuang ke Makkah.
Penentangan Di Serawak
Sebelum Perang Dunia Kedua, Serawak Ditadbir
oleh :-
- James Brooke
- Charles Brooke
- Charles Vyner Brook
Pemberontakkan terhadap pentadbiran
Dinasti Brooke di Serawak
- Semasa pemerintahan James Brooke pada tahun 1853, beliau telah menghapuskan perburuan kepala yang selama ini menjadi amalan tradisi penduduk peribumi di Serawak.
- Kumpulan Dayak Laut yang tidak berpuas hati telah menyerang Kubu kerajaan, diketuai oleh Rentap dan berjaya membunuh seorang Pegawai British.
- Semasa Pemerintahan Charles Brooke pada tahun 1859, pembesar – pembesar Kelantan diketuai oleh Sharif Masahor dan Abdul Ghapur telah membunuh dua orang Pegawai British iaitu Fox dan Steele.
- Pada tahun 1893, semasa Pemerintahan Charles Brooke masyarakat Iban telah menyerang tentera Brooke di Hulu Sungai Batang Lupar. Diketuai oleh Banting.
- Faktor utama serangan ini ialah Charles Brooke yang cuba menghapuskan adat dan tradisi tempatan.
- Pada tahun 1920 semasa pemerintahan Vyner Brooke, orang Dayak menentang pembayaran cukai dan Pemberontakan di Sungai Kanowit.
Penentangan Di Sabah
·
Sabah terletak di bawah Syarikat
Borneo Utara British.
·
Terdapat dua kebangkitan iaitu :-
a)
Mohamed Salleh (Mat Salleh)
b)
Rundum
·
Faktor yang mencetus pemberontakan
ini adalah :-
a)
Cukai yang akan dikenakan ke atas
beras dan ubi kayu.
b)
Pengenalan ordinan yang melarang
tindakan membersihkan hutan bagi tujuan pertanian pindah.
c)
Mengerah rakyat tempatan membina
jalan – jalan kecil di hutan tanpa sebarang upah.
Jadual : Pejuang – pejuang
Kemerdekaan Pada Peringkat Awal
DAERAH / NEGERI
|
TOKOH – TOKOH PEJUANG
|
Naning
|
Dol Said
|
Perak
|
Dato’ Maharajalela,
Dato’ Sagor
|
Pahang
|
Dato’ Bahaman, Mat
Kilau, Tok Gajah
|
Kelantan
|
Tok Janggut
|
Sarawak
|
Rentap, Sharif
Masahor, Abdul Ghapur, Banting, Asun
|
Sabah
|
Mat Salleh, Antanum
|
No comments:
Post a Comment